RESEPI
NASI PAPRIKA AYAM
Nasi paprika ayam ini berbeza sedikit dengan nasi yang
berlauk yang lain. Hal ini kerana ayamnya sahaja yang dimasak. Nasinya pula,
anda boleh gunakan nasi putih atau nasi goreng biasa. Ayam yang dimasak paprika
boleh dicampurkan dengan sayur-sayuran supaya kelihatan lebih menarik dan hidangan
anda juga lengkap. Hidangan resepi nasi paprika ayam ini boleh anda dapati di
mana-mana kedai makan di Malaysia. Harganya juga berpatutan dan mampu untuk
dinikmati oleh setiap individu. Kebiasaannya, resepi ayam paprika ayam ini mempunyai rasa
yang sedikit manis disertai dengan rasa pedas. Kuahnya juga sedikit pekat.
Anda boleh menikmati ayam paprika ini pada bila-bila masa
sahaja. Ianya boleh dijadikan lauk utama untuk makan tengah hari mahu pun makan
malam. Selain itu, ayam paprika ini sering dimasak atau didapati ketika makan
beradab dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Kebiasaannya, resepi nasi
paprika ayam menjadi pilihan untuk dihidangkan semasa upacara makan beradab.
Hal ini kerana rasanya yang agak manis-manis pedas, dikatakan sebagai simbolik
agar pasangan pengantin menikmati kemanisan kehidupan sebagai suami isteri
kelak.
Bahan-bahan
untuk Resepi Nasi Paprika Ayam
·
3 cawan beras / mengikut kemahuan anda
·
Setengah ekor ayam (dipotong
kecil-kecil)
·
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
·
Sebiji bawang besar (dibelah dua dan
dihiris bulat)
·
Sebiji cili merah (dihiris serong)
·
11 biji cilia pi (dipecah-pecahkan)
·
2 helai daun purut (disiat-siatkan)
·
Bunga kobis (dihiris kecil-kecil)
·
5 biji putik jagung (dihiris serong)
·
Setengah biji lobak (dihiris serong)
·
2 batang kacang panjang (dipotong
pendek-pendek dalam anggaran satu inci)
·
2 sudu makan cili kering kisar
·
2 sudu makan sos cili
·
2 sudu makan sos tomato
·
1 sudu makan sos tiram
·
Sedikit air
·
Sedikit garam
Bahan-bahan
untuk Nasi Goreng
·
5 biji bawang merah (ditumbuk atau dikisar)
·
3 ulas bawang putih (ditumbuk atau
dikisar)
·
8 biji cili padi (ditumbuk atau dikisar)
·
Setengah genggam ikan bilis (ditumbuk
atau dikisar)
·
2 biji telur
·
Sedikit garam
Cara-cara
Memasak Nasi Goreng
1. Basuh
beras dan masak seperti biasa.
2. Apabila
nasi sudah masak, sejukkan separuh daripadanya.
3. Separuh
untuk dibiarkan sebagai nasi putih dan separuh lagi untuk digoreng.
4. Panaskan
minyak dalam kuali.
5. Kemudian,
tumis bawang merah, bawang putih, cili padi serta ikan bilis yang telah
ditumbuk atau dikisar sebentar tadi.
6. Tumis
sehingga naik baunya.
7. Pecahkan
dua biji telur di dalam kuali. Kacau rata.
8. Gaul
sehingga telur sudah hampir masak. Jangan sampai ianya hangus.
9. Selepas
itu, masukkan nasi dan gaul rata.
10. Pastikan
semua bahagian nasi dilitupi dengan bahan tumisan.
11. Taburkan
sedikit garam dan gaul rata.
12. Gaul
lagi untuk tempoh dua sehingga tiga minit sebelum matikan api dan letakkan nasi
ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
Cara-cara
Memasak Ayam Paprika
1. Panaskan
sedikit minyak di dalam kuali.
2. Kemudian,
tumis bawang putih sehingga wangi dan naik baunya.
3. Masukkan
cili kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya,
masukkan semua jenis sos yang diperlukan.
5. Tumis
lagi sehingga pecah minya.
6. Kemudian,
masukkan pula isi ayam dan kacau rata sehingga isi ayam menjadi layu,
7. Masukkan
sedikit air untuk mendapatkan kuahnya.
8. Biarkan
sehingga mendidih.
9. Masukkan
garan dan sedikit serbuk perasa secukupnya.
10. Masukkan
sayuran yang telah dihiris.
11. Kacau
rata dan masak sayur sehingga empuk.
12. Sekiranya,
kuah kelihatan pekat, anda boleh menambah sedikit air sebelum matikan api dan
hidangkannya.
Selain
daripada resepi di atas, anda juga boleh mencuba resepi nasi goreng paprika ala
thai yang cukup mudah untuk disediakan. Mungkin anda sudah bosan dengan resepi
nasi goreng biasa yang anda sering kali masak. Jadi, apa kata kalau anda cuba
memasak resepi ini pula.
Bahan-bahan
untuk Nasi Goreng
1. 2-3
mangkuk nasi.
2. 2
biji bawang merah (dihiris)
3. 3
ulas bawang putih (cincang halus / dutumbuk)
4. 2
sudu besar cili kering (dikisar)
5. 1
sudu besar pati tomyam
6. Sedikit
isi ayam
7. 2-3
sudu besar minyak masak
8. 2
sudu kecil garam atau secukupnya
9. Serbuk
secukup rasa atau serbuk perasa secukupnya
Cara-cara
Memasak Nasi Goreng
1. Panaskan
minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan
awam dan biarkan ayam masak seketika
3. Kemudian,
masukkan cili kering dan pati tomyam. Kacau sekata.
4. Tambahkan
garam dan serbuk perasa.
5. Selepas
itu, masukkan nasi dan gaul rata sebelum padamkan api.
Bahan-bahan
untuk Paprik
1. 4-5
ekor udang / sotong
2. Sedikit
hirisan ayam
3. 2
ulas bawang putih (dicincang)
4. 2
helai daun limau purut
5. 1
batang serai (dipotong serong)
6. 1
sudu besar sos tiram
7. 1
sudu besar sos tomato
8. Sayur-sayuran
(bunga kubis/putik jagung/kacang panjang)
9. 3-4
biji cili padi (diketuk)
10. 1/4
bawang besar (dimayang kasar)
11. Garam
secukupnya
12. 1
sudu kecil gula
13. Serbuk
perasa secukupnya
Cara-cara
Memasak Paprik
1. Tumiskan
bawang putih dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan
isi ayam dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan
sos tiram, sos tomato dan air secukupnya. Kacau rata.
4. Masukkan
sayur-sayuran.
5. Kemudian
masukkan udang/sotong. Biarkan masak seketika.
6. Selepas
itu, masukkan cili padi, daun limau purut dan bawang besar.
7. Kacau
dan gaul rata sehingga masak. Padamkan api.
8. Sedia
dihidangkan bersama nasi goreng tadi.
Di
samping itu, anda juga boleh cuba memasak resepi ayam paprika bersama cendawan
tiram. Cendawan tiram baik untuk membina kesihatan kerana ia mempunyai beberapa
keperluan badan mikro. Ianya mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein.
Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah vitamin B1, B2, niasin, biotin
dan vitamin C. ia juga mengandungi mineral penting seperti K,P, Ca, Na, Mg dan
Cu. Oleh itu, tidak ada salahnya jika anda mencampurkan cendawan ini ke dalam
masakan anda terutamnya ayam paprika ini.
Bahan-bahan
untuk Ayam Paprik bersama Cendawan Tiram
1. 3
ketul ayam- dipotong kecil
2. 1
bungkus cendawan
3. Sedikit
bunga kubis
4. Sedikit
lobak – dihiris
5. 1/2
biji bawang Holland – dipotong kasar
6. 10
tangkai cili api – diketuk
7. 3
ulas bawang putih – diketuk
8. Seinci
halia – diketuk
9. 4
helai daun limau purut – dikoyak-koyakkan
10. 2
sudu besar sos tiram
11. 1
senduk sos cili
12. Sedikit
kicap (jika perlu)
13. 2
sudu besar tepung jagung – dibancur dengan air
14. Air
masak secukupnya
15. 1
kiub ayam
16. 1
batang serai – diketuk
17. Jus
limau secukupnya
18. Garam
dan gula secukup rasa
19. Minyak
Cara-cara
Memasak Ayam Paprik bersama Cendawan Tiram
1. Panaskan
minyak dan tumis bawang putih serta halia.
2. Apabila
sudah naik wangi baunya, masukkan ayam.
3. Kacau
rata dan tutup seketika.
4. Apabila
ayam sudah masak, masukkan bawang Holland dan serai.
5. Masukkan
air dan biarkan mendidih.
6. Masukkan
semua sos serta kiub ayam.
7. Kacau
rata.
8. Masukkan
pula sayur-sayuran, bancuhan tepung jagung. Biarkan mendidih.
9. Masukkan
jus limau, garam dan gula secukup rasa.
10. Kacau
rata sebelum padamkan api.
Kesimpulannya,
anda boleh mempelbagaikan gaya masakan anda untuk menyediakan ayam paprika ini.
Anda boleh makan bersama nasi putih, nasi goreng atau boleh juga dimakan begitu
sahaja. Hal ini kerana, bahan utamanya ialah ayam. Ayam menyumbangkan protein
dalam badan kita boleh membantu mengeyangkan kita.